Bina rumah impian dalam TikTok LIVE!
Durian City Live ialah game interaktif di TikTok LIVE. Komen untuk dapat tanah, kumpul bata, dan bina rumah anda dari pondok kecil sampai ke Bukit Istana — sambil semua penonton tengok rumah anda naik.
Percuma untuk main. Satu akaun untuk semua game Durian City Live.

Cara main
Semuanya berlaku dalam LIVE — anda cuma perlu komen.
Dapat tanah
Komen masuk semasa LIVE. Anda terus dapat satu lot tanah dengan nama anda.
Kumpul bata
Like, komen, share dan follow beri bata percuma. Gift TikTok = lebih banyak bata, rumah naik laju.
Naik tahap
20 tahap rumah. Sampai tahap 15, rumah anda pindah ke kawasan elit Bukit Istana.
Lebih dari sekadar bina rumah
Setiap LIVE ada kejutan — dan semuanya dikawal oleh komen penonton.

Cat rumah
Komen cat pink atau warna lain — pekerja datang mengecat rumah anda.
Curi bata
Komen curi bata untuk kebas bata jiran secara rawak. Tapi awas CCTV!
Polis & lokap
Pencuri yang tertangkap CCTV masuk lokap. Hantar Corgi untuk bebas.
Ketua Kampung
Rumah paling besar jadi Ketua Kampung. Rebut gelaran dalam setiap LIVE.
Nama anda disebut
Datuk Bandar sebut nama anda bila anda naik tahap atau buat aksi besar.
Dewan Kemasyhuran
Penderma dan pencuri terbaik direkod — dan kekal walaupun LIVE berganti.
Kenapa perlu daftar?
Lihat taman 3D
Jalan-jalan dalam taman Durian City Live di website dan cari rumah anda bila-bila masa.
Tahu bila LIVE
Dapat notifikasi terus ke telefon bila LIVE bermula, supaya tak terlepas.
Semua game
Satu akaun untuk Taman Live dan game Durian City Live yang akan datang.
Jom jadi jiran kami!
Daftar ambil masa kurang seminit — dengan emel atau akaun Google.
DURIAN CITY LIVE